Tuesday, March 10, 2020

selamat datang


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada orang-orang kampong sekalian

Selamat datang ke blog saya yang cantik dan cemerlang ini, semoga kalian menikmati isi kandungan blog saya ini. Saya dilahirkan ke dunia ini pada 4 September 1991 bersamaan  25 Safar 1412 A.H. Nama penuh saya Siti Norhafiza Hafinas binti Mohd Zanudin. Berasal dari Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan dan masih lagi tinggal di situ. Saya merupakan anak kedua dari 5 orang adik beradik. 2 perempuan 3 lelaki. Kelebihan mempunyai adik beradik bilangan ganjil ialah undi tidak akan mendapat seri. Saya sangat sayang akan ibu bapa saya. Mereka adalah sumber inspirasi saya. Mak saya, Siti Rohani binti Kosman dan abah, Mohd Zanudin bin Tumijan. Terima kasih sebab dah menjaga dan membesarkan saya selama ini.

Serba sedikit latar belakang pelajaran saya, bermula dengan TADIKA di Kampong Panchang Bedena dan bersambung di Sekolah Kebangsaan Panchang Bedena. Tamat darjah enam, saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam. Perjalanan pendidikan saya bersambung lagi di Kolej Matrikulasi Kedah di Changloon. Kini, saya menuntut ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim dalam kursus ijazah sarjana muda pendidikan sains dengan kepujian.

Saya bercita-cita menjadi guru sejak sekolah menengah lagi. Alhamdulillah cita-cita saya disokong oleh mak abah saya. Mereka juga berharap saya dapat menjadi guru yang cemerlang dan disayangi oleh anak murid. Segala kata-kata mak abah akan saya jadikan pedoman. Sepertimana yang kita tahu, tugas guru bukan sekadar menghabiskan silibus di dalam kelas tetapi mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Kepada anak-anak murid Cikgu, Cikgu doakan yang terbaik buat anda.

selamat berkenalan


Chekjah n de geng mengucapkan hye~~~